Dewan Pemuda PAS Kota Bharu

  • Home
  • Kenyataan Media
  • Jawatankuasa Kerja
 
  • Skip to content

Kenyataan Balas Terhadap Sdr Afandi Yusof berhubung kenyataannya berkaitan pelaksanaan hukum hudud

Share

Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu menganggap Sdr Mohd Afandi Yusof yang juga Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang sebagai tidak layak bergelar seorang ketua sebuah sayap parti kerana tidak tahu langsung soal perlembagaan negara, dan tidak reti sejarah apabila meminta Kerajaan Negeri Kelantan laksanakan hudud bagi membuktikan kerajaan negeri tidak bercakap kosong dan mendakwa BN tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini.

Apakah beliau tidak ketahui bahawa di Negeri Kelantan, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud dan Qisas) telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada November 25, 1993. Manakala Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 pula diwartakan pada 25 September, 2003,

Rakyat Kelantan secara keseluruhannya mengetahui bahawa usaha Kerajaan Negeri Kelantan selama ini ke arah melaksanakan hukum jenayah (hudud) ini tetapi usaha ini digagalkan dengan pelbagai usaha dan kuasa oleh BN yang masih memegang tampuk pemerintahan kerajaan pusat hingga hari ini.

Dr Mahathir selaku Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO pada tahun 1994 pernah mengugut Kelantan bahawa akan mengenakan perundangan terhadap Kelantan jika melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) berkaitan hukum hudud bahkan petikan ucapan beliau pada 1999 di Nilam Puri seperti berikut ..” undang-undang PAS (Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan tidak boleh diterima atau dilaksanakan oleh sesiapa kerana ia masih bukan undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara..”

Najib pula yang kini menyambung tugas Dr Mahathir tidak juga bersetuju dengan usaha ini apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak akan laksanakan hukum hudud.

Sekiranya Sdr Mohd Afandi Yusof selaku anak Kelantan secara jujur ingin melihat Kanun Jenayah Syariah (II) ini dilaksanakan, gunakanlah pengaruh yang ada untuk mendesak presiden umno untuk menarik balik surat ugutan rasmi kepada Menteri Besar Kelantan pada 1994, dan memberi ruang secara telus kepada Kerajaan Kelantan untuk melaksanakannya dengan kuasa yang ada pada beliau.

Dalam pada itu, sudah pasti Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu menyambut baik pendirian Pemimpin Pakatan Rakyat berhubung pengiktirafan pelaksanaan hukuman jenayah (hudud) di negeri Kelantan dan Terengganu. Walaupun hanya di dua negeri pihak kami menyokong dan ianya harus menjadi model dan contoh , mana tahu pada suatu hari nanti ia akan diterima untuk diimplementasikan di seluruh negara semata-mata untuk membendung jenayah yang sudah di luar kawalan manusia pada hari ini.

Sekian terima kasih

Zuhairi Ismail | Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu | 3 Oktober 2011

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

Ziarah Pemuda

Share

ziarah

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (DPPKB) telah ke Hospital Kuala Krai untuk melawat saudara Mazlan Bin Yunus (pemuda PAS Cawangan Lundang) yang terbabit dalam suatu kemalangan jalan raya ketika pulang dari Stadium Bukit Jalil selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini.

Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com

Read more:

Aktiviti

  • Ziarah Pemuda - 2011-06-26

Berita

Kenyataan Media

  • Kenyataan Balas Terhadap Sdr Afandi Yusof berhubung kenyataannya berkaitan pelaksanaan hukum hudud - 2011-10-04
  • Top
  • Skip to content

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA BHARU

PEJABAT PAS KAWASAN KOTA BHARU, JALAN KADIR ADABI, BEREK 12, 15200 KOTA BHARU, KELANTAN

TEL: 09-7470344 | EMAIL: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.